1. PENIAGA : Terbuka kepada semua peniaga berasaskan makanan di seluruh tanah air.  

 2. YURAN : Peniaga yang berminat membuka kedai online di portal Jom RASA perlu membuat bayaran pendaftaran mengikut pakej pilihan  berikut:  

ECO30 

SILVER50 

GOLD 80 

  • Yuran  RM30 
  • Kontrak rasmi 3 bulan 
  • PERCUMA tambahan kontrak 2 bulan 
  • Kuantiti produk tanpa had 
  • 20 x posting di FB Jom RASA  
  • 20 x posting di IG Jom RASA 
  • Yuran RM50 
  • Kontrak rasmi 6 bulan 
  • PERCUMA tambahan kontrak 3 bulan 
  • Kuantiti produk tanpa had 
  • Promosi kedai pilihan  
  • 50x posting di FB Jom RASA  
  • 50 x posting di FB Jom RASA 
  • Yuran RM80 
  • Kontrak rasmi 12 bulan 
  • PERCUMA tambahan kontrak 3 bulan 
  • Kuantiti produk tanpa had 
  • Promosi kedai pilihan  
  • 100x posting di FB Jom RASA  
  • 100 x posting di FB Jom RASA 

 3. TIADA PEMULANGAN YURAN: Tiada sebarang pemulangan yuran tadbir ke atas sebarang pembatalan kontrak dalam tempoh kontrak berlangsung 

 4. JUMLAH PRODUK : Tiada had jumlah produk yang dipaparkan dalam portal Jom RASA. 

 5. GAMBAR ASLI : Paparan gambar produk adalah hakmilik asli peniaga BUKANNYA yang diambil dari mana-mana sumber tanpa kebenaran. Jika sabit kesalahan, pihak Jom Bazaar tidak akan bertanggungjawab.  

 6. TEMPOH & SAMBUNG KONTRAK: Tempoh sahlaku bagi setiap pakej boleh dirujuk pada jadual di bawah. Semua produk akan dikeluarkan dari laman sesawang selepas tamat tempoh. Walaubagaimanapun, peniaga boleh melanjutkan tempoh dengan cara memperbaharui pakej yang sama atau memilih pakej yang baru.  

 7.

Bil. 

Pakej 

Harga 

Tempoh Sahlaku 

i. 

ECO30 

RM30 

3 bulan + bulan 

ii. 

SILVER50 

RM50 

6 bulan + 3 bulan 

iii. 

GOLD80 

RM80 

12 bulan + 3 bulan 

 8. BUTIRAN PENIAGA: Peniaga wajib mendaftar akaun, mengisi maklumat perniagaan dan seterusnya membuat pembayaran sebelum mula memuat naik produk atau servis perkhidmatan ke dalam boring pendaftaran 

 9. BUKTI BAYARAN: Peniaga perlu kepilkan bukti pembayaran semasa proses pendaftaran akaun. Kesemua maklumat perlulah diisi dengan lengkap dan disemak sebelum menekan butang “HANTAR”. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya butiran yang diberikan adalah salah. 

 10. KEMASKINI AKAUN: Peniaga perlu mengemaskini akaun perniagaan sendiri dan memuatnaik produk/servis yang ingin diiklan secara manual di bahagian dashboard. Kesemua maklumat perlulah diisi dengan lengkap dan disemak. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya butiran yang diberikan adalah salah. 

 11. TRANSAKSI: Tiada sebarang transaksi akan berlaku di laman sesawang Jom RASA. 

 12. PAUTAN: Pelawat hanya akan menghubungi peniaga melalui pautan yang dipaparkan di laman Jom RASA. 

 13. URUSAN DENGAN PEMBELIPeniaga perlu berurusan dengan pelanggan dengan penuh tanggungjawab untuk segala urusan pembelian dan penghantaran tanpa melibatkan pihak Jom RASA. 

 14. FB & INSTAGRAM  Jom RASA: Produk pilihan peniaga akan di muat naik di Facebook jomrasamy dan Instagram jomrasamy berdasarkan maklumat yang diberikan oleh peniaga semasa memasukkan  maklumat ke dalam portal.  

15. PIHAK KETIGA: Jom RASA hanyalah entiti penyedia platform direktori, promosi, dan reviu sahaja. Sebarang masalah timbul sewaktu urusan jual beli bukan dibawah tanggungjawab kami.