Terma & Syarat Vendor Jom RASA

1. PENIAGA : Terbuka kepada semua peniaga berasaskan makanan di seluruh tanah air.

2. YURAN : Peniaga yang berminat membuka kedai online di portal Jom RASA perlu membuat bayaran pendaftaran mengikut pakej pilihan berikut:

3. TIADA PEMULANGAN YURAN: Tiada sebarang pemulangan yuran tadbir ke atas sebarang pembatalan kontrak dalam tempoh kontrak berlangsung

4. JUMLAH PRODUK : Had jumlah produk yang dipaparkan dalam portal Jom RASA adalah 100 item.

5. GAMBAR ASLI : Paparan gambar produk adalah hakmilik asli peniaga BUKANNYA yang diambil dari mana-mana sumber tanpa kebenaran. Jika sabit kesalahan, pihak Jom Bazaar tidak akan bertanggungjawab.

6. TEMPOH & SAMBUNG KONTRAK: Tempoh sahlaku bagi setiap pakej boleh dirujuk pada jadual di bawah. Semua produk akan dikeluarkan dari portal Jom RASA selepas tamat tempoh. Walaubagaimanapun, peniaga boleh melanjutkan tempoh dengan cara memperbaharui pakej yang sama atau memilih pakej yang baru.

7. BUTIRAN PENIAGA: Peniaga wajib mendaftar akaun, mengisi maklumat perniagaan dan seterusnya membuat pembayaran yuran di Toko Ideaktiv (toko.ideaktiv.com) sebelum mula memuat naik produk atau servis perkhidmatan ke dalam borang pendaftaran.

8. BUKTI BAYARAN: Peniaga disarankan simpan bukti pembayaran di Toko Ideaktiv semasa proses pendaftaran akaun. Kesemua maklumat perlulah diisi dengan lengkap dan disemak sebelum melakukan transaksi di Toko Ideaktiv. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya butiran yang diberikan adalah salah. Sila pastikan anda membaca dan memahami notis privasi, polisi privasi, dan terma & syarat Toko Ideaktiv. Butiran akaun:

NU IDEAKTIV SDN BHD BANK : MAYBANK ISLAMIC BERHAD NO AKAUN : 5642 7652 8309 KOD SWIFT : MBBEMYKL

9. CAS PRODUK TAMBAHAN : Peniaga yang mengambil mana-mana pakej, dibenarkan untuk menambah jumlah barangan (dalam tempoh langganan yang sama) dengan cas minimum akan dikenakan, sila rujuk jadual di bawah:

10. KEMASKINI AKAUN: Peniaga perlu mengemaskini akaun perniagaan sendiri dan memuatnaik produk/servis yang ingin diiklan secara manual di bahagian dashboard. Kesemua maklumat perlulah diisi dengan lengkap dan disemak. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya butiran yang diberikan adalah salah.

11. TRANSAKSI: Tiada sebarang transaksi akan berlaku di laman sesawang Jom RASA.

12. PAUTAN: Pelawat hanya akan menghubungi peniaga melalui pautan yang dipaparkan di laman Jom RASA.

13. URUSAN DENGAN PEMBELI: Peniaga perlu berurusan dengan pelanggan dengan penuh tanggungjawab untuk segala urusan pembelian dan penghantaran tanpa melibatkan pihak Jom RASA.

14. FB & INSTAGRAM Jom RASA: Produk pilihan peniaga akan di muat naik di Facebook jomrasamy dan Instagram jomrasamy berdasarkan maklumat yang diberikan oleh peniaga semasa memasukkan maklumat ke dalam portal.

15. PIHAK KETIGA: Jom RASA hanyalah entiti penyedia platform direktori, promosi, dan reviu sahaja. Sebarang masalah timbul sewaktu urusan jual beli bukan dibawah tanggungjawab kami.